Skip to main content

Laman Utama

Go Search
Laman Utama
Semakan
Pendaftaran
Pangkalan Ilmu
Galeri
Sokongan
Carian
Pemakluman Kemiskinan
  
Laman Utama > Pages > Berita1.aspx  


 

 
Lupa kata laluan?
 
69052
34526

28942
0
 
463591 
RM1.38 juta untuk miskin tegar

Utusan Malaysia, Khamis 08/07/2010

 

SHAH ALAM 7 Julai - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.38 juta bagi pelaksanaan program khas Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) melibatkan 138 isi rumah miskin tegar seluruh Selangor.

Pegawai Pembangunan  negeri, Abdul Ghani Salleh berkata, ia merupakan antara program kerajaan Pusat untuk membasmi golongan miskin tegar di kalangan rakyat negeri itu melalui bantuan modal pokok pelaburan ASW sebanyak RM10,000 bagi setiap isi rumah yang layak.

Menurutnya, program itu juga melibatkan golongan miskin bandar di negeri itu yang berdaftar di bawah e-kasih yang dikelolakan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Kita telah menerima peruntukan JPM untuk pelaksanaan program ini yang akan diadakan secara berperingkat-peringkat di setiap daerah di seluruh Selangor.

"Menerusi program pelaburan ini, kita harap dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan miskin tegar," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan buku pelaburan ASW 2020 kepada 44 penerima daripada kumpulan miskin tegar daerah Petaling di Pejabat Persekutuan Negeri Selangor, di sini semalam.

Tambah Abdul Ghani, pemberian melibatkan golongan miskin tegar daerah Petaling itu merupakan peringkat awal pelaksanaan program khas ASW 2020 yang akan diperluaskan di seluruh Selangor.

Setakat ini, jelasnya, pihaknya mengenal pasti 37 isi rumah golongan miskin tegar di Sabak Bernam dan Kuala Selangor dan 24 lagi di Klang dan Kuala Langat yang layak menerima bantuan menerusi program tersebut.

Katanya, di daerah Sepang serta Hulu Langat pula sebanyak 13 isi rumah terlibat, sementara di Gombak serta Hulu Selangor, 20 isi rumah daripada golongan tersebut akan menerima bantuan itu.

Abdul Ghani menambah, program berkenaan yang turut mendapat kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB), tidak membenarkan penerima mengeluarkan modal pokok pelaburan yang diberikan kepada mereka.

Sebaliknya, jelas beliau, mereka hanya boleh menerima pulangan dalam bentuk dividen tahunan yang dianggarkan RM600 setahun termasuk faedah-faedah lain hasil pelaburan tersebut.