Skip to main content

Laman Utama

Go Search
Laman Utama
Semakan
Pendaftaran
Pangkalan Ilmu
Galeri
Sokongan
Carian
Pemakluman Kemiskinan
  
Laman Utama > Pages > Berita2.aspx  


 

 
Lupa kata laluan?
 
69052
34526

28942
0
 
463591 
100 keluarga miskin sertai Komuniti Ambank-MyKasih

Utusan Malaysia, Rabu 07/07/2010

 

KOTA BHARU 6 Julai - Seramai 100 keluarga miskin tegar dan berpendapatan rendah di negeri ini terpilih menyertai Program Komuniti AmBank-MyKasih yang dimulakan di Kuala Lumpur sejak November tahun lalu.

Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank (M) Berhad, Datuk Mohamed Azmi Mahmood berkata, melalui program itu setiap peserta akan mendapat bantuan barang keperluan asas bernilai RM80 secara bulanan selama setahun.

Beliau berkata, untuk tujuan tersebut Kumpulan AmBank membelanjakan RM100,000 bagi membolehkan keluarga terlibat membeli bahan makanan harian seperti beras, gula dan minyak masak menerusi pusat runcit yang dilantik.

"Program ini adalah sebahagian daripada usaha Kumpulan AmBank dalam merealisasikan tanggungjawab sosial korporat. Selain daripada bantuan membeli keperluan harian, program AmBank-MyKasih ini juga merangkumi penyampaian ilmu pengurusan kewangan.

"Peserta yang terlibat akan menghadiri sesi yang diatur sukarelawan kami untuk diberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam merancang perbelanjaan harian dan pelaburan masa hadapan.

"Sasaran kita adalah membantu kelompok ini keluar dari garis kemiskinan dan bukannya menjadi peserta tetap program untuk selama-lamanya," katanya selepas majlis pelancaran Program Komuniti AmBank-MyKasih di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyKasih, Jeff Perera; Pengarah Eksekutif Pasar Raya Besar Bilal Sdn. Bhd., Chuah Lim Poh Khian dan Presiden Kelab Lions Kota Bharu, Indran Rajalingam.

Mohamed Azmi berkata, ia merupakan program keempat yang dilancarkan dengan kerjasama Yayasan MyKasih selepas Sentul di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching di Sarawak dengan 300 keluarga telah menerima bantuan serupa.

Menurutnya, penyampaian skim bantuan program itu mengaplikasikan teknologi terkini iaitu penggunaan MyKad sebagai saluran dan ia dapat memastikan kaedah pengedaran yang telus.

"Dengan menggunakan teknologi MyKad, kaedah pengedaran dan laporan menjadi telus serta tidak wujud kesangsian ke mana wang bantuan telah disalur dan digunakan.